Saturday, February 7, 2009

Sudut Ilmu Agama

Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s. Nota Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sudut Ilmu Kesihatan

Salam...
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran...just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .... kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh...... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak.....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi,aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......ok, otak kiter pun ader switch off button.....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc..... Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So, jgn cepat sgt berpikir yg bukan2 ok, sebelum tido pstikan baca doa tido tu...hehe.

Sudut Ilmu Agama

LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG
Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........." dan menurut hadis yang lain ...... "Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim..... penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK . dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??

my best pics!

salam...

Antara pic yang aku suka,pic ni di ambil masa kitaorang on the way nak g Kuala Lipis...ni kat Cameron la...ain yang ambil, pic ni xsengaja, cntik pulak...masa ni aku ngah mengajuk si burung 2ekor ni bcakap,petah sungguh burung ni bcakap...apa yang orang sebut, semua nak ajuk...ain plak sibuk nk ambil gmbar...


Ni plak pic masa aku bertunang, mungkin dh terlalu byk kamera kt depan, xtau nk tgk yg mana...kirenye masa ni aku dh control ayu abis dh ni...aku ngan Ejad sehabis baik bagi pose...bkn xleh nak bangun kn,nak jugak duduk kt situ...org lain pakay nk amik gmbar...yela dh sudah makan...aku yg masa nk kelaparan...

Pic masa kami g anta Abg Cho ke KLIA, masa ni baru lepas solat maghrib...baru lepas check in je, kami berdua g la mencari2 tempat nk bergambar...aku ngan ejad mmg suke bergambar,aku pn ade pic ni, tapi die amik xcantik cm aku amik ni ha...aku suke pic ni sbb mcm die kt dlm program tv je...mcm super impose,padahal mmg board die besar... nice kn..?


Ni pun same, budak kecik nama die Damia Zahra, mmg xnak dekat orang...susah sgt nk lekat kt org, xtau aku nape die suke kt ejad yg baru je die kenal ni...agak aku mugkin sbb naik kete kot...budak ni suke la...mak die ngah bersedia nk amik die kt luar kete ni ha...Pic ni di ambil masa kami pegi open house umah opis mate aku Azahari kat area Ulu Langat jugak. Kami pegi together ngan Kak Wa, masa ni dh lewat sgt, aku pn baru blk dr class, lapar sgt...aku pn ajak ejad dtg sini...
















Pic di ambil masa kami pegi Walk with Avon utk Cancer. Masa ni Dato' SMS ade tau, nsem tol die dpt tgk life...aku ngan Jang, bestpren aku. Aku g ngan opismate jgk...kak Amy,kak Amy sekarang dh move ke RHBI Penang, kami guna kamera die la...al-maklum la kami xde kamera,setakat amik guna HP leh la...hehe. Pics kami mmg byk yg gile2...tp kami xgile tau...


Ni lak pic yg paling aku kagum, sepupu aku Syarifah Nur Ain yang snap ngan kamera canggih die tu...sweet kn...bukan senang jgk sbb baby ni pn same ssh nk dekat org, baby ni baby sepupu aku, sekarang ni sepupu aku pn ngandung lagi...sempat ke tah la die nk bersalin sblm terbang ke US...harap2 sempat la,sekarang die dh 5bulan klu xsilap...ank die ni name die Xinira Bt Yusry, pelik kn name ank die...




Ni bkn best pic, tapi saje aku selitkan sekali, ni jam plg aku syg, walaupun xmahal tapi jam ni aku pakai dh lame...abah bagi kt aku sejak aku Form 2, smpi sekarang aku pakai...jam ni xpakai beteri,ni la jam knci...kene pusing setiap pagi sblm pakai. Aku syg sgt jam ni..
Ada byk lagi pics yg cntik2, nice...nnt aku share lg ngan korg k...asalkan korg sudi view blog aku ni hehe...daaa

Friday, February 6, 2009

my old lipis...2nd




salam...


kite sambung balik cite pasal lipis ok, yg seronoknye life kt situ sbb rumah kami ni cm rumah panjang kt Sarawak nun..tu sbb kami antara jiran rapat sangat, cam adik-beradik. Ni la rumah kami. Dulu jalan die lg kecik dari ni, tapi ngan usaha abah ngan kawan2 die yang menambahkan tanah, jalan ni makin besar. dah 14thn pun,berbeza sgt.Rumah ni kecik sgt,xde bilik lgsg,jadi kami terpaksa beli plywood utk separate jadikan bilik...masa ni ade 9buah rumah, dengar dari kwn abah rumah ni dh dipecahkan sekarang menjadi 5buah rumah sahaja. Masa dulu kami berkongsi toilet, antara 9buah rumah, cuma ada 2toilet sahaja, aku masih igt lg, kami sanggup tahan kalau sakit perut bile waktu malam sbb toilet die jauh dari rumah. Dibelakang rumah ni bukit yg sgt tggi. Abah ambil kesempatan menanam mcm2 pokok, sayuran, buahan, ulaman. Abah mmg pandai berbudi pd tanah,sampai la sekarang.
Ramai kwn2 aku kt sane, kwn aku semua dikalangan anak2 Kesihatan jgk. Sbb kuarters ni dulunye semua yg bkerja same cm bpk aku.


Sorry la pic sedikit blur...pic masa aku darjah 6,xsilap aku masa ni kami ada wat makan2 sikit, 1berek tu gotong royong, mmg happening sgt.sempat jgk kami bgambar. Dan klu xsilap makan2 ni buat sbb family kitaorg ngan family kwn aku nk pndh...family aje,aku ngan kakak aku xpndh pn sbb kami kene amik UPSR ngan PMR dulu...aku yg kiri sekali tu,kecik kn aku dulu...malunye...kt belakang tu kwn aku yg sebaya, name die Norazimah Rahim - Azie (26thn) ngan adik die Norhaida Rahim - Eda(24thn), sekarang Azie adalah seorang Pegawai di JKR, sentul. Eda seorang kerani di Balai Polis daerah Raub. Yang chubby skit tu adik diaorang Norazlin Rahim - Lin, sekarang menyambung pelajaran ke UiTM Sarawak, sekarang die dh kurus sbb die atlit tau. Baju kuning tu kak cho la, kakak aku. Yang kt sebelah aku ni Atikah, dua org lg adik die. Atikah ade seorang abg name Kalis, muda setahun dr aku...Arwah meninggal sbb kemalangan motorsikal di Melaka.
Lambang sekolah aku, masa aku amik pic ni aku diberi sokongan penuh dr abah, abah pn rindu sgt kt kwn2 ni. Yang bestnya abah la dpt jmpe kwn2 die, aku xdapat sbb semua dh buat hal masing2. Aku ingat lagi masa family aku nk pndh, abah sengaja pndah waktu aku g sekolah. Takut aku meraung nk ikut. Mmg aku dh tau aku kene tggl, tapi xsggup ditgglkan selama kurang setahun. Bayangkan masa tu umur baru 12tahun, kakak aku 15tahun. Makcik Edah, mak angkat aku yg menjaga kami, baru2 ni bile kami ke sane die menceritakan detik abah memberi amanat menjaga kami, smbil menangis die menceritakan detik tu...gelaran abah disana adalah Pak Yeop (gelaran pgkat abang sulung bagi orang perak).." Ko nak @ taknak, ko kene jaga juga anak aku ber-2 ni mcm anak kamu..." dalam paksa rela Makcik Edah ngan Arwah Pakcik Nor setuju juga, dengan RM50 sebulan adalah perjanjiannya. Abah mmg determined! Kami xde la takut sgt sbb rumah tu berkembar...telefon pn ade kt rumah. Sesekali mcm bebas jugak. Tapi rndu kt family usah kate la...sbb nk amik exam je kami tpaksa. Antara lauk kegemaran kami sambal tumis ikan bilis dan bleh dikatakan setiap hari Makcik edah masak lauk tu utk kami,sampaikan anak2nye ingat lagi smpai sekarang. Makcik Edah xpenah merungut pun kene kopek ikan bilis tu setiap hari. Makcik Edah ngan Arwah Pakcik Nor ni rapat ngan seorang lagi jiran kami Makcik Faridah dan Pakcik Kamal. Diaorang ni la bnyak tolong Makcik Edah ms arwah meninggal 3tahun dulu...Nasib baik arwah sempat beli rumah. Kat situ la diaorang duduk. Makcik Edah sekarang keje kt kedai makan, Ain - anak die yg sulung sekarang kt UUM, sintok. Apa yang mnyedihkan aku, aku xdpt jmpe Pakcik Nor lagi. Die mmg baik sgt...kami ni mmg byk susahkan die dulu. Di akan teman aku g sekolah klu aku ade class malam, walaupun smpai 2jam die akan tggu jugak...alahai sedih! Die dukung aku waktu aku sakit g klinik. Die seorang yg sangat berjimat, xde transpot , xkan naik bas sbb bagi die dekat je.Hurm.. die sakit diabetis yg kronik & ade luka kt kaki. Masa2 terakhir die,die sepatutnya ke hospital utk check up, tapi die ni kuat bkerja...die pg umah org asli kt Betau. Selepas je die blk,trus die mgadu sakit. Ajal die smpai ms kt umah jgk, sblm dibawa ke hospital. Al-fatihah pada arwah Pakcik Nor.

Monday, February 2, 2009

my old lipis...1st

salam..
4 about 14years i left my old place call kuala lipis...byk pic yang xdapat aku rakamkan kt sini sbb hp aku kehabisan bateri,maklumla aku ni suke sgt bergambar,apepun aku amik sebagai kenangan...kisahnya abah aku yang mmg dh plan nak melawat kwn2 die kt sane setelah 14tahun kitaorang tinggalkan bandar lipis, abah plan ngan aku mase raya aidiladha aritu...die nekad,betul2 nekad. Sebelum ni xde pulak die nekad mcm ni...dah tu kami pegi ikut jalan cameron highlands, so dpt la berjalan kesana jgk...

24hb Dis 2008, aku masih bekerja spt biasa & spt biasa aku blk ke ipoh slps wktu keje.Walaupun aku tau kedaan jln yg jammed,tp aku xkisah asalkan aku smpi ke rumah mln tu jgk. Dari pukul 6.30ptg dr KL, aku smpi ke rumah dlm pukul 10mlm sbb aku berenti di R&R tapah utk mndi...bdn rasa melekit sgt.

25hb Dis 2008, kami gerak dari ipoh dlm pukul 11pagi, kebetulan adalah hari lahir adikku Meor Azlan B Naziruddin yg ke-19. Apa yg sempat kami buat cuma wish & bjanji kt die yg kami akn masak sedap2 lps blk dr Lipis. Ape yg mngejutkan aku,kali ni abah betul2 nekad nk pegi ke Lipis, walaupun sblm ni dh byk kali jgk abah plan nk pegi. Tak silap aku kali terakhir abah ada plan nk pegi waktu kakak aku (Kak cho) kahwin, pada tahun 2006. Tapi tak kesampaian sbb abg ipar aku (Abg Cho) dpt tawaran melanjutkan pelajarannya ke Australia (Monash University). Setelah 14tahun penantian,akhirnya dapat juga kami kesana walaupun cuma aku,abah,mak & adikku yg bgsu (Ain) shj yg dpt pegi. Aku ade cdgkan abah utk dpt dulu ke KL, dr KL ke Lipis dh xjauh. Tp abah beria sgt mngajak aku ikut jln Cameron Highlands, aku ikut aje. Walaupun penat drive smlm pn tak abis lg, aku ikutkan aje, bkn pyh pn...kalau tak larat,aku suruh aje abah yang tukar drive plak!

Masa ni aku dh kepenatan drive, so aku tuka ngan mak duduk belakang, kereta kecil cm kelisa ni mmg leh sakit bdn klu bwk bjalan jauh.Yang lg tension bile Co-Pilot kt sebelah (abah aku la) bleh membroloh (tido le...huhu,bhs perak) xde kwn nk bsembang, pjalanan yang mkn masa 5 - 6jam ni mmg membosankan. Ain plak dh bape kali tido ngan bgn blk,ni sape pnya keje lg klu x die yg amik pic aku...on the way kami ke sane, ade jgk la kami singgah ke nursery ala-ala Cameron gitu...


















Ni la antara pics die, ade byk lg...nnt aku upload lg ok. Masa kitaorg berenti kt sini, wktu tu ujan lebat sgt2. Abah tak turun pn sbb die nk smbung tido. Kami berenti pn sbb nk buang air kecik. Bile tnya ain die nk ape2 tak,die cuma nk mkn aiskrim strawbery yg original dibuat dari Cameron...yummy!!








knonnya nk beli kaktus, murah2 je...tapi takut tak terbela la plak...ikan yg kt opis tu pn dh ade, pokok yg menjalar tu pn dh ade, cukup la...pastu knonnya nk beli strawbery fresh. Tapi rase cm dh biasa mkn strawbery...so,beli je la aiskrim ni. Tak silap hrga die RM1.50 aje. Tak mahal pn...sedap jgk. Tapi kami beli satu je sbb sejuk sgt wktu ni.Ujan xberenti turun. Kabus tebal sgt...bwk kete mmg xpsg air-cond sbb sejuk sgt.














Ain ngan muka boring die tu, mana tak nye...dh la abah ni jenis pemandu bhemah, bwk kete slow la sgt...mak kt depan smpi thangguk2 mngantuk...sian mak. Kekdg klu abah bwk kete,klu die mngantuk lak, die akn ajk mak bgaduh...huhu.







Lebih kurang dlm pukul 6ptg kami smpi ke rumah family agkat aku yg 2nd. Makcik Faridah dan Pakcik Kama, diaorang ni biasa dtg rumah kami ni ipoh sbb diaorang rajin bjalan2. Bile dh jmpe tu,pjg la citenye...mcm2 cite & masing2 nk bcerita. Sonok sgt bile jmpe diaorg. Masa aku pndh dulu, diaorang baru ade seorang anak nama die Amril Safuan, masa tu die baru drjah satu.Sekarang die dh 21tahun, ade 2adik. Sorang perempuan, sorg lg lelaki. Tak ingat plak name diaorang tapi diaorang ni semua peramah. Ain pn cepat mesra ngan diaorang. Pakcik Kama ni sorg yg suke bwk moto berkuasa tggi. Die mmg selalu konvoi ke seluruh M'sia. Mmg kagum bile die dpt beli motor yg besar2.




Moto yg ni tak silap aku cume 500cc kebwh, kebesaran enjin die lebih kurang same ngan kncil 650cc. Mmg laju la kt ats jln, moto ni ringan aje, tapi aku takut nk bukak tongkat die,dibuatnya jatuh ats kaki aku yg cntik itu,lgsung tempang...sape nk jwp hah!!??

















Abah pun amik kesempatan utk bgambar ngan moto ni, tak silap aku moto ni 750cc, enjin die lg besa dr kancil yg 650cc. Mmg laju la klu bwk moto ni. Aku teringin nk bgambar tp takut sbb abah ckp moto ni lg berat. Huhu...

Ptg tu jgk aku ajk Am bjalan sekitar bandar lipis, mmg byk perubahan kt bndar lipis...macam aku xpcaya je sbb dari rumah ke bndar lipis mmg jauh,tapi kami masa kecil dulu boleh bjalan kaki aje ke sane.Bandar lipis dh byk membangun. Aku sedih sbb xdpt mengikuti pkembangan bndar lipis sebelum ni.




Ni la surau tempat aku ngan kwn2 selalu dtg utk bmain "galah panjang" di padang depan ni, kat sini la jgk aku kene tebuan tanah...sakitnye tuhan aje yg tau. Surau ni dh lame, ikut sejarah surau ni dulu adalah balairaya, bngunan ni diubahsuai dijadikan surau, tapi skrg aku xpasti msih boleh dgunakan ataupun tak. Bile tgk padang ni,teringat aku bsama kwn2 bmain...inila padang tbesar yg kami ade,mklunla Pahang kn tkenal ngan kawasan bukit bukau...




Tgga dimana aku ngan kwn2 aku pegi bmain ngan pegi sekolah...sekolah kami dekat aje, tapi kene seberang jalan besa. Cam xcaya je aku g sekolah tnpa pengwasan org dewasa nk melintas jln...






Ni la pics aku ngan sekolah aku masa sekolah rendah, aku bsekolah dari darjah dua sampai darjah 6. Kelas pertama lg tau... (knon tunjuk pndai la tu), Setakat ni cikgu yg masih aku igt ialah Cik Jamilah (yang ajar aku English masa darjah 2 ngan 3), Mr Pang (ajar aku Math masa darjah 5 ngan 6, garang sgt2...dh mati pun), Ms Tan (ajar aku English darjah 6). ramai lagi la...sekolah ni ala2 sekolah methodist la,tu sbb aku ramai kenal cikgu Englisg sbb English yg byk mnyerlah kt situ masa tu...Cikgu Mei Lin pn ajar English,tapi xpenah ajar aku kt sekolah ni, tapi aku g tuisyen kt umah die.


Penat la beb,nnt aku smbung lg..k




Saturday, January 24, 2009

my parents


assalamualaikum...

saje nak menceritakan perihal perents saya...

Mohamad Sabron @ Naziruddin Bin Kamaruddin - my father yang mana aku pggil abah, sekarang umur dia dh 59tahun pada 10 Februari 2009. Dilahirkan di kampung Talang, K.Kangsar, Perak.




Ni pic dia masa dia kecik, xpasti lak umur dia berapa masa ni, mungkin 8bulan kot. Orang dulu2 mana mampu beli kamera,kalau nak tangkap gambar pegi la kedai gambar. Apa yang dia cerita, masa dia kecil dia tak suka berpakaian, apa yang ada di dalam gambar, itu la pakaian dia sampai la dia kanak-kanak, sbb tu la kami adik - beradik masa kecil pn mcm dia, tak hairan la kan, mana tak tumpahnya kuah kalau tak kenasi...dalam pic ni, dia pegang botol susu, botol tu botol kaca tau, zaman dia belum ada lg botol susu plastik macam sekarang. Terpikir jugak aku,macamana baby sezaman dia boleh menyusu ngan botol kaca yang berat, mungkin jugak banyak komplikasi, tu sbb manusia mencipta botol susu plastik kot...hai,tah la...
Dia adalah seorang pesara Pembantu Kesihatan Awam (PKA) di Kementerian Kesihatan Malaysia, tapi sekarang dia masih bekerja, menyampung kontrak selama 4tahun.Kerja dia sepanjang yang aku tau senang aje, check kualiti kesihatan di semua daerah yang di tugaskan, contohnya dulu masa aku kecik tak silap aku dia selalu pegi dari rumah ke rumah, check sistem pembuangan najis diaorang ni...dulu mana ada toilet lagi, Kementerian Kesihatan la yang memperkenalkan mangkuk tandas (tanpa pam - najis terus ke saliran air), so aku tengok pics dia dulu2 dia dalam usaha membina tandas untuk penduduk kampung, lama2 lepas tu baru la ade syarikat yang jual mangkuk tandas, sekarang ni macam2 pesen ade kan...lepas tu keje diaorg ni pulak dulu buat saliran air,pam air untuk kemudahan penduduk kampung ambil air,kan ke orang dulu2 ammbil air dekat sungai...mana ada paip.Haa...lepas tu abah aku ambil kursus rektor...tak silap aku bahagian Denggi la,dalam masa yang sama die bertangungjawab check sume kedai makan, kedai runcit untuk saman kot2 ada barang expired atau kedai makan yang kotor...klu kedai tu kotor,abah aku akan sitar tau...tu la klu korg ade dengar kantin sekolah, kedai makan kene sitar, tu keje abah aku la tu...hehe.Tapi masa aku kecik dulu yang aku nmpak kalau dia tak banyak keje,dia akan pegi keje pagi2, punch kad pastu balik rumah, tanam pokok la, tolong mak ape yang patut. Best kan dapat kerja macam dia, tp dia cakap orang kerja kerajaan mmg senang mcm tu, bkn zaman dulu aje, sekarang pun mcm tu.









Abah aku adalah anak tunggal di dalam keluarganya, tapi dia ada 7 adik-beradik, uik cane lak tu kan...






pic masa raya baru2 ni...


Ini adalah pic family abah aku, belakang dari kiri abang sulungnya, Husaini b Kamaruddin (ayah tua), Mohamad Ali b Kamaruddin (arwah Ayah Andak), Zainon Sha'ari b Kamaruddin (ayah lang), Mohamad Sabron @ Naziruddin b Kamaruddin (diaorg sume pggil die Engge sbb tunggal) dan Zainal Kadri b Kamaruddin (ayah nyah), duduk dari kiri Sabaruddin b Kamaruddin (ayah din), Haji Kamaruddin b Kulup Hassan (Tok), Hajah Hamidah Bt Mat Rais (Pah) Dan Bayanuddin B Kamaruddin. Abah aku cakap ada lagi sorg, nama arwah Ibrahim b Kamaruddin, meninggal semasa umurnya 20-an kerana kemalangan motosikal. Masa tu abah aku baru berumur 14tahun. Abah aku ni sebenarnya digelar tunggal (Engge) sbb berlainan ibu, Tipah Bt Haji Taib. Sebenarnya semuanya pun adik -beradik betul dia sbb satu bapak, tapi biasa mentaliti orang dulu2 kn...







Ni la dia mak sebenar abah aku, masa ni arwah ikut kami dari kampung. Arwah meninggal masa umurnya 86tahun, kat belakang tu kereta kami, hehe..cantik kan dia, tu sbb abah aku hensem...huhu







Abah aku kawin ngan mak aku pada tahun 18 November 1978, dah 31tahun diaorang berkahwin...pasangan bahagia ni mempunyai 5orang anak yang di register, yang tak register ada dalam 2orang kot (mak miscarriage la).Aku adalah anak yang kedua, masa tu umur abah aku 29 tahun, mak pulak 23tahun.







Pic ni sedikit blur sbb aku amik guna hp aje,huhu...xsilap aku pic ni masa kat umah pengantin belah ppuan, dan klu xsilap aku baju mak ni dia buat sendiri aje...yang pasti baju2 kawin mak aku xmuat beb.kecik gilos...hehe.ade lagi baju ni sekarang tapi mak letak tang mana tah.Ada lagi satu baju tu kain songket wane biru...elok lagi. Songket kn xmakan dek zaman...







Siti Hasnatul Radziah Bt Syed Abu Bakar - my mother which i call 'mak' plak dilahir pada 1 Ogos 1956 dan sudah pun berusia 53tahun. Kampun mak aku pun dekat K.Kangsar jugak,tapi bukan la kt bandar cm abah aku, die di lahirkan di Kampung Bendang Ujib, Kati. Mak aku cakap dulu letrik kampung die lagi lmbat masuk berbanding abah aku.Tak silap aku die penah cite, masa die kawin dulu pn masih belum ada lagi letrik. Memang kampung mak aku lmbat skit kemudahan masuk, seingat aku masa aku dah start pakai hand set dulu, masa mula2 masuk U tahun 2001, masih belum ada lagi line telefon kt Kati tu...bayang la betapa lambatnya kemudahan masuk dekat situ,tapi xde la hulu sangat.

Mak adalah seorang suri rumah sepenuh masa, dulu dia pun penah cerita kat kami yang dia penah dapat kerja sebagai kerani di KL,disebabkan berkahwin dia terpaksa menolak tawaran. Aku lagi suka,dari dia tolak tawaran menjadi isteri abah aku,mesti la aku tak wujud kt dunia ni..Ahaks! Mak seorang yang sangat garang masa kami kecil. Kami adik-beradik memang manja ngan abah aku dari dia, sungguhpun dia tak pandai tunjukkan kasih sayang pada kami, aku tau dia seorang yang sangat flexible kalau nk kongsi cerita apa2 pun. Maksud aku sporting la, macam abah aku jugak. Dulu kerja sekolah, pasal sekolah memang serah bulat2 pada mak. Abah ni malas skit, dalam banyak2 matapelajaran, abah cuma ajar matematik aje. Mak pula semua matapelajaran...Mak ni pandai masak, kuih-muih, kek, biskut raya. Kami dah di ajar dari kecik klu nak makan,jangan beli, klu boleh buat sendiri, sbb tu hobi mak menyalin resepi kat tv atau radio mmg die buat smpi sekarang, yang bestnye dia boleh salin resepi dlm bahasa jawi beb...sampikan mee ngan laksa pn kami penah buat sendiri.Nasib baik la tepung gandum tu ssh nak buat,agaknye klu senang, tu pun kami tak beli kot.hehe...eh lupa nak taruk pic mak...



Ni pic mak aku, kalau tak silap aku pic ni masa umur die setahun lebih. Yang aku pelik pandai lak die tengok kamera tu, zaman dulu bkn cm zaman sekarang ade kamera digital,kalau gambar yang dah di cuci tu tak elok, nasib la.Dah tu,bukan arini tangkap dapat arini jugak,mungkin dalam seminggu baru dapat. Tah2 sebulan..hehe.dahi mak jendul kn? antara kitaorang adik-beradik yang ikut muka dia masa kecik ain (adik bongsu) ngan nazrin (adik 2nd bongsu). Mak ada 6adik-beradik,4perempuan dan 2lelaki. Mak adalah ank yang ke dua.


Mak aku ni kecik je orangnye,tak heran la kalau sekarang ni orang leh ckp mak aku cam lewat 40an. Ni pic family mak aku, belakang dari kiri Siti Maimunah Bt Syed Abu Bakar (Cu), Siti hasnatul Radziah Bt Syed Abu bakar, Siti Aishah Bt Syed Abu Bakar (Mak Yang), duduk dari kiri Sareah Bt Meor Wahab (Pah), Syed Fadhil B Syed Abu Bakar (Che So) dan Syed Abu Bakar B Syed Alan. Yang tak de dlm pic ni Siti Fatimah Bt Syed Abu Bakar (Mak Long) dan Syed Hamdan B Syed Abu Bakar (Che Dan - masa ni dia belum lahir lagi). Dan kalau korg perasan nama mak aku paling pjg. Panggilan mak aku dikalangan family dia dan kawan2 ialah "HA" je...huhu. Sampai sekarang kawan2nya yang baru jmpe pn dia komersialkan nama HA tu.

Mak seorang pendiam, dia lebih mengikut Tok aku yang sangat pendiam. Tapi mak ni, semakin menginjak usia dia, dia semakin banyak bercakap. Faktor umur ke? tah la, yang pasti arwah tok aku dulu sampai dia sakit dulu pn kurang bercakap. Pah aku very dominant, dia bagai ketua keluarga. Orangnya cantik, tak heran la mak aku sangat cantik.

Sebenarnya banyak lagi aku nk bgtau,tapi cukup setakat ni...nanti aku update lagi ok...daa

Related Posts with Thumbnails