Saturday, January 24, 2009

my parents


assalamualaikum...

saje nak menceritakan perihal perents saya...

Mohamad Sabron @ Naziruddin Bin Kamaruddin - my father yang mana aku pggil abah, sekarang umur dia dh 59tahun pada 10 Februari 2009. Dilahirkan di kampung Talang, K.Kangsar, Perak.




Ni pic dia masa dia kecik, xpasti lak umur dia berapa masa ni, mungkin 8bulan kot. Orang dulu2 mana mampu beli kamera,kalau nak tangkap gambar pegi la kedai gambar. Apa yang dia cerita, masa dia kecil dia tak suka berpakaian, apa yang ada di dalam gambar, itu la pakaian dia sampai la dia kanak-kanak, sbb tu la kami adik - beradik masa kecil pn mcm dia, tak hairan la kan, mana tak tumpahnya kuah kalau tak kenasi...dalam pic ni, dia pegang botol susu, botol tu botol kaca tau, zaman dia belum ada lg botol susu plastik macam sekarang. Terpikir jugak aku,macamana baby sezaman dia boleh menyusu ngan botol kaca yang berat, mungkin jugak banyak komplikasi, tu sbb manusia mencipta botol susu plastik kot...hai,tah la...
Dia adalah seorang pesara Pembantu Kesihatan Awam (PKA) di Kementerian Kesihatan Malaysia, tapi sekarang dia masih bekerja, menyampung kontrak selama 4tahun.Kerja dia sepanjang yang aku tau senang aje, check kualiti kesihatan di semua daerah yang di tugaskan, contohnya dulu masa aku kecik tak silap aku dia selalu pegi dari rumah ke rumah, check sistem pembuangan najis diaorang ni...dulu mana ada toilet lagi, Kementerian Kesihatan la yang memperkenalkan mangkuk tandas (tanpa pam - najis terus ke saliran air), so aku tengok pics dia dulu2 dia dalam usaha membina tandas untuk penduduk kampung, lama2 lepas tu baru la ade syarikat yang jual mangkuk tandas, sekarang ni macam2 pesen ade kan...lepas tu keje diaorg ni pulak dulu buat saliran air,pam air untuk kemudahan penduduk kampung ambil air,kan ke orang dulu2 ammbil air dekat sungai...mana ada paip.Haa...lepas tu abah aku ambil kursus rektor...tak silap aku bahagian Denggi la,dalam masa yang sama die bertangungjawab check sume kedai makan, kedai runcit untuk saman kot2 ada barang expired atau kedai makan yang kotor...klu kedai tu kotor,abah aku akan sitar tau...tu la klu korg ade dengar kantin sekolah, kedai makan kene sitar, tu keje abah aku la tu...hehe.Tapi masa aku kecik dulu yang aku nmpak kalau dia tak banyak keje,dia akan pegi keje pagi2, punch kad pastu balik rumah, tanam pokok la, tolong mak ape yang patut. Best kan dapat kerja macam dia, tp dia cakap orang kerja kerajaan mmg senang mcm tu, bkn zaman dulu aje, sekarang pun mcm tu.









Abah aku adalah anak tunggal di dalam keluarganya, tapi dia ada 7 adik-beradik, uik cane lak tu kan...






pic masa raya baru2 ni...


Ini adalah pic family abah aku, belakang dari kiri abang sulungnya, Husaini b Kamaruddin (ayah tua), Mohamad Ali b Kamaruddin (arwah Ayah Andak), Zainon Sha'ari b Kamaruddin (ayah lang), Mohamad Sabron @ Naziruddin b Kamaruddin (diaorg sume pggil die Engge sbb tunggal) dan Zainal Kadri b Kamaruddin (ayah nyah), duduk dari kiri Sabaruddin b Kamaruddin (ayah din), Haji Kamaruddin b Kulup Hassan (Tok), Hajah Hamidah Bt Mat Rais (Pah) Dan Bayanuddin B Kamaruddin. Abah aku cakap ada lagi sorg, nama arwah Ibrahim b Kamaruddin, meninggal semasa umurnya 20-an kerana kemalangan motosikal. Masa tu abah aku baru berumur 14tahun. Abah aku ni sebenarnya digelar tunggal (Engge) sbb berlainan ibu, Tipah Bt Haji Taib. Sebenarnya semuanya pun adik -beradik betul dia sbb satu bapak, tapi biasa mentaliti orang dulu2 kn...







Ni la dia mak sebenar abah aku, masa ni arwah ikut kami dari kampung. Arwah meninggal masa umurnya 86tahun, kat belakang tu kereta kami, hehe..cantik kan dia, tu sbb abah aku hensem...huhu







Abah aku kawin ngan mak aku pada tahun 18 November 1978, dah 31tahun diaorang berkahwin...pasangan bahagia ni mempunyai 5orang anak yang di register, yang tak register ada dalam 2orang kot (mak miscarriage la).Aku adalah anak yang kedua, masa tu umur abah aku 29 tahun, mak pulak 23tahun.







Pic ni sedikit blur sbb aku amik guna hp aje,huhu...xsilap aku pic ni masa kat umah pengantin belah ppuan, dan klu xsilap aku baju mak ni dia buat sendiri aje...yang pasti baju2 kawin mak aku xmuat beb.kecik gilos...hehe.ade lagi baju ni sekarang tapi mak letak tang mana tah.Ada lagi satu baju tu kain songket wane biru...elok lagi. Songket kn xmakan dek zaman...







Siti Hasnatul Radziah Bt Syed Abu Bakar - my mother which i call 'mak' plak dilahir pada 1 Ogos 1956 dan sudah pun berusia 53tahun. Kampun mak aku pun dekat K.Kangsar jugak,tapi bukan la kt bandar cm abah aku, die di lahirkan di Kampung Bendang Ujib, Kati. Mak aku cakap dulu letrik kampung die lagi lmbat masuk berbanding abah aku.Tak silap aku die penah cite, masa die kawin dulu pn masih belum ada lagi letrik. Memang kampung mak aku lmbat skit kemudahan masuk, seingat aku masa aku dah start pakai hand set dulu, masa mula2 masuk U tahun 2001, masih belum ada lagi line telefon kt Kati tu...bayang la betapa lambatnya kemudahan masuk dekat situ,tapi xde la hulu sangat.

Mak adalah seorang suri rumah sepenuh masa, dulu dia pun penah cerita kat kami yang dia penah dapat kerja sebagai kerani di KL,disebabkan berkahwin dia terpaksa menolak tawaran. Aku lagi suka,dari dia tolak tawaran menjadi isteri abah aku,mesti la aku tak wujud kt dunia ni..Ahaks! Mak seorang yang sangat garang masa kami kecil. Kami adik-beradik memang manja ngan abah aku dari dia, sungguhpun dia tak pandai tunjukkan kasih sayang pada kami, aku tau dia seorang yang sangat flexible kalau nk kongsi cerita apa2 pun. Maksud aku sporting la, macam abah aku jugak. Dulu kerja sekolah, pasal sekolah memang serah bulat2 pada mak. Abah ni malas skit, dalam banyak2 matapelajaran, abah cuma ajar matematik aje. Mak pula semua matapelajaran...Mak ni pandai masak, kuih-muih, kek, biskut raya. Kami dah di ajar dari kecik klu nak makan,jangan beli, klu boleh buat sendiri, sbb tu hobi mak menyalin resepi kat tv atau radio mmg die buat smpi sekarang, yang bestnye dia boleh salin resepi dlm bahasa jawi beb...sampikan mee ngan laksa pn kami penah buat sendiri.Nasib baik la tepung gandum tu ssh nak buat,agaknye klu senang, tu pun kami tak beli kot.hehe...eh lupa nak taruk pic mak...



Ni pic mak aku, kalau tak silap aku pic ni masa umur die setahun lebih. Yang aku pelik pandai lak die tengok kamera tu, zaman dulu bkn cm zaman sekarang ade kamera digital,kalau gambar yang dah di cuci tu tak elok, nasib la.Dah tu,bukan arini tangkap dapat arini jugak,mungkin dalam seminggu baru dapat. Tah2 sebulan..hehe.dahi mak jendul kn? antara kitaorang adik-beradik yang ikut muka dia masa kecik ain (adik bongsu) ngan nazrin (adik 2nd bongsu). Mak ada 6adik-beradik,4perempuan dan 2lelaki. Mak adalah ank yang ke dua.


Mak aku ni kecik je orangnye,tak heran la kalau sekarang ni orang leh ckp mak aku cam lewat 40an. Ni pic family mak aku, belakang dari kiri Siti Maimunah Bt Syed Abu Bakar (Cu), Siti hasnatul Radziah Bt Syed Abu bakar, Siti Aishah Bt Syed Abu Bakar (Mak Yang), duduk dari kiri Sareah Bt Meor Wahab (Pah), Syed Fadhil B Syed Abu Bakar (Che So) dan Syed Abu Bakar B Syed Alan. Yang tak de dlm pic ni Siti Fatimah Bt Syed Abu Bakar (Mak Long) dan Syed Hamdan B Syed Abu Bakar (Che Dan - masa ni dia belum lahir lagi). Dan kalau korg perasan nama mak aku paling pjg. Panggilan mak aku dikalangan family dia dan kawan2 ialah "HA" je...huhu. Sampai sekarang kawan2nya yang baru jmpe pn dia komersialkan nama HA tu.

Mak seorang pendiam, dia lebih mengikut Tok aku yang sangat pendiam. Tapi mak ni, semakin menginjak usia dia, dia semakin banyak bercakap. Faktor umur ke? tah la, yang pasti arwah tok aku dulu sampai dia sakit dulu pn kurang bercakap. Pah aku very dominant, dia bagai ketua keluarga. Orangnya cantik, tak heran la mak aku sangat cantik.

Sebenarnya banyak lagi aku nk bgtau,tapi cukup setakat ni...nanti aku update lagi ok...daa

3 comments:

onenoxee said...

my siblings comin soon

nuna amany said...

baguih..... gmbar vintage.....

onenoxee said...

yeke...aku bdk br blajo

Related Posts with Thumbnails